CEPLOS
Dengar je cerita hantu..mesti korang pikir seram kan...ha..kat sini aku nak sarankan korang tengok citernye..yang syoknye kat sini aku nak bgtau, pergambaran citer ni dibuat kat kampung aku...amboi...bukan main lagi pak cik2 kat kat kampung aku berlakon sebagai pelakon tambahan..heheh...kelakor pun ade aku tengok...mcm nampak antu lak cara diorg berlakon..kaku je..heheh..xpe..permulaan tu..mana le tau pas ni pakcik2 dapat tawaran berlakon lagi...cayuk2...
Kisah citernya mcm ni...‘Ceplos’ bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat mewariskan pendampingnya, Ceplos, kepada anaknya Ipin, lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan kerana tidak berminat memiliki makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.
Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.
Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.
kalo korang tengok..kompom tak kering gusi...syok lak aku tengok kaza digandingkan berlakon dengan "ceplos". nak2 lak masa kaza cakap "sebaik2 hantu adalah sama macam sejahat-jahat manusia..kalo manusia kuat mebohong..apetah lagi hantu macam ko"...muahahah...
So, tepat je kul 9.05 pm kita sama2 dok depan tv..bukak tv9..setiap hari jumaat, sabtu & ahad...layanzzz.....
0 comments:
Post a Comment